2022年11月10日星期四

ANALISA HASIL KARYA SENI PELUKIS TEMPATAN DAN BARAT

A) KARYA TEMPATAN

        HASIL KARYA PELUKIS TEMPATAN 1:

Sumber : ( http://www.tmsart.com.my/feature-artists/chua-thean-teng/)

Lukisan ini dilukis oleh Datuk Chua Thean Teng yang menetap di Pulau Pinang sejak tahun 1936. Beliau dilahir di Fujian China pada tahun 1914 dan datang ke Asia Tenggara pada tahun 1932 untuk bekerja di sebuah kilang sarung. Beliau dikenali sebagai bapa batik Malaysia yang mempelopori penggunaan teknik membatik dalam karya seni halus. Beliau dianugerahi bintang AMN kerana sumbangan beliau dalam bidang seni Malaysia.

Dalam lukisan ini menekankan jiwa Tanah Melayu dalam budaya warisan batik dan kehidupan seharian serta sosial budaya setempat. Penggunaan teknik batik yang menghasilkan retak lilin menimbulkan jalinan yang menarik di atas permukaan kain. Menerusi matlamat SDG 11 yang bersasaran 11.4 menekankan “ kuatkan usaha untuk melindungi warisan budaya dan semula jadi dunia.” 

Audien dapat membuat apresiasi terhadap lukisannya dengan membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab kepada alam semula jadi di dunia dan menghayati dan memahami warisan budaya setiap kehidupan individu atau masyarakat. Secara tidak langsung juga akan menjadikan tempat itu sebagai tempat pelancongan dan meningkatkan ekonomi negara.


HASIL KARYA PELUKIS TEMPATAN 2:

Sumber:https://mediapermata.com.bn/keindahan-karya-seni-lukisan-tempatan-tambat-hati-pengunjung/ 

Pelukis gambar ini ialah Pg Mohd Roslan bin Pg Hj Bakar yang dilahirkan pada 28 Mei 1961, Brunei Darussalam. Lukisan ini dipamerkan di Galeri Seni 3 Dimensi dalam aktiviti Festival Seni dan Kraf Tutong 2018. Festival ini bertemakan “Seni dan Kraf untuk Semua” diadakan untuk menjaga khazanah penting yang dimartabatkan dan dipertahankan, kerana ia adalah antara nadi kehidupan berbudaya bagi semua lapisan masyarakat untuk diwarisi generasi pada masa kini dan akan datang.

Ia juga bermatlamat bagi meningkatkan keceriaan kawasan Pekan Tutong sebagai pusat pentadbiran di Daerah Tutong, Brunei. Tempat ini adalah tempat bagi nelayan mencari rezeki sebagai hasil pendapatan. Kehidupan kampung dapat mengusahakan tanaman sayur-sayuran di tepi pinggir sungai dan menghasilkan krat tangan untuk meningkatkan pendapatan diri dan keluarga. 

 Ia bertujuan untuk memperluaskan industri seni dan kraf agar ia terus maju dan mampu menyumbangkan dalam industri pelancongan Daerah Tutong dan sosioekonomi masyarakat setempat. Tempat ini boleh dijadikan perancangan pembangunan negara yang bertindak balas terhadap dinamik penduduk dan memastikan pembangunan wilayah yang seimbang serta meingkatkan ruang fizikal tempatannya.


HASIL KARYA PELUKIS TEMPATAN 3: 

Pelukis gambar ialah Chong Fei Giap yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Beliau lulus dari The One Academy of Communication Design dan bekerja dalam industri kreatif selama 8 tahun. Beliau menggunakan kemahiran ilustrasinya untuk mencipta satu siri kreatif dengan gabungan watak anime dan elemen tempatan.

Dalam lukisan ini, pembangunan yang pesat, kemajuan pembinaan jalan raya yang canggih dan berteknologi tinggi di bandar, terdapat juga sebuah perkampungan kecil yang mengekalkan keindahan warisan bangunan lama yang bersuasana riang, aman, permai lagi sentosa suasana di luar bandar.

Aktiviti kemasyarakatan sosial juga dapat menyokong pembangunan aktiviti ekonomi penduduk kampung. Pembangunan bandar yang mampan dapat meningkatkan pengangkutan awam yang cekap tenaga dan berpatutan, membuat perancangan bandar yang mampan, pengurusan sisa-sisa pepejal yang lebih baik, menambah baik ruang yang ada, membina rumah yang cekap tenaga agar pelbagai usaha yang dilaksanakan akan lebih mampan lagi untuk meningkatkan pembangunan ekonomi masyarakat dan bandar.

Jadi, semua pihak perlu mengambil langkah untuk merancang pembangunan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang inginkan sesuatu bandar atau luar bandar yang selamat, aman dan damai.



B) KARYA BARAT

HASIL KARYA PELUKIS BARAT 1: 


Pelukis barat ini ialah Stephen Wiltshire, seorang artis dan pemilik galeri seni yang terkenal di London. Beliau terkenal dengan keupayaan lukisannya yang luar biasa kerana beliau dapat melihat gambar sekali lalu mengeluarkan semula cityscapes berdasarkan ingatan.

Lukisan ini berdasarkan seni bina terperinci hanya dengan mengingati rupa bangunan kawasan tersebut. Pembangunan yang mampan telah menarik minat beliau untuk melukis seni bina yang begitu canggih. Lukisan panorama di atas telah dicipta olehnya pada tahun 2005 di Tokyo, beliau menaiki helikopter ringkas ke bandar pada kanvas 52 kaki, kemudian melalui ingatan beliau telah melukis sepenuhnya dari ingatannya. 

 Beliau telah meluahkan perasaan dan emosinya berkaitan dengan matlamat SDG sasaran 11.3 iaitu perbandaran dan komuniti lestari melalui lukisannya. Seni bina yang cukup canggih terdapat nilai yang terkandung dalam sejarah serta dilaluinya adalah satu kanvas yang cukup menarik untuk diterjemahkan. Pengangkutan yang canggih dan pembangunan yang mampan juga akan memastikan kehidupan di bandar ini selamat, harmoni dan aman bagi penduduknya. Secara tidak langsung akan memberi cabaran dan peluang pekerjaan kepada penduduk dan warga asing.


HASIL KARYA PELUKIS BARAT 2: 

Sumber : ( https://www.vincentvangogh.org/the-red-vineyard.jsp

Pelukis barat ini ialah Belanda Vincent Van Gogh (The Red Vineyards). Lukisan minyak ini disempurnakan di atas sekeping guni Toile de 30 pada tahun 1888. Semasa melukis gambar ini, Van Gogh tidak berdiri di hadapan ladang anggur, beliau melukisnya di rumah kuning sepenuhnya dari ingatan dan imaginasi sehari selepas berjalan melalui ladang Wain berdekatan.

Ia mengambarkan pekerja bekerja di ladang anggur yang bekerja keras setiap hari demi mengaut rezeki. Demi memenuhi matlamat SDG-11dalam pembangunan bandar ini adalah sifar kebuluran iaitu menamatkan kelaparan penduduk di bandar tersebut. Semua penduduk dapat rezeki untuk keluarganya, maka dapatlah meningkatkan ekonomi dan kemampanan sosial dan alam sekitar disitu.

Perasaan cinta akan alam sekitar dan perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan penduduk yang tinggal bersama kerana mereka bersama-sama mendapatkan hasil tanaman anggur, membersihkan ladang anggur dan menghargai alam sekitarnya. Dengan adanya tanaman anggur, dapatlah mengurangkan kesan buruk bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat.


HASIL KARYA PELUKIS BARAT 3: 

Sumber : (https://www.wikiart.org/en/pablo-picasso/still-life-the-dessert-1901

Pelukis barat ini ialah Pablo Picasso tentang makanan pencuci mulut. Medium gambar ini adalah cat minyak. Gambar ini telah menghidupkan karya seni dengan tekstur dan kedalaman cetakan kanvas yang diregangkan imej.

Matlamat SDG-11 yang dapat dilihat dalam gambar ini adalah kemiskinan sifar dalam pembangunan lestari. Dengan adanya makanan pencuci mulut seperti di dalam gambar, kesihatan dan kesejahteraan hidup masyarakat dapat dijaga dengan baik. Semua masyarakat dapat tahu kepentingan untuk mengambil makanan yang seimbang dalam kehidupan. Selain itu, pemakanan yang sihat dapat mengurangkan jumlah kematian dalam kalangan penduduk, malah dapat meningkatkan hidup umur padanya.

Sekian terima kasih.


没有评论:

发表评论